Saturday, December 14, 2019

KELEBIHAN ASB FINANCING (ASB LOAN)

Artikel ini akan memperincikan kelebihan / kebaikan Simpanan / pelaburan ASB dan kelebihan ASB Financing (ASB Loan) keada para pelabur.

Kenapa Simpanan / Pelaburan ASB?
==============
  1. ASB adalah medium simpanan / pelaburan unit trust Mixed Asset yang tidak dikenakan sebarang caj (Sales Charge & Redemption Charge).
  2. ASB merupakan satu bentuk simpanan bersifat pelaburan pada kadar risiko yang rendah.
  3. Proses pengeluaran Simpanan / Pelaburan ASB adalah serta-merta. Ia sangat liquid.
  4. Duit pelabur ASB adalah dijamin oleh kerajaan Malaysia (Capital Guaranteed).
  5. Dividen ASB (Agihan pendapatan) & Bonus ASB yang diperolehi adalah dikecualikan daripada cukai.
  6. Pelabur bebas melakukan transaksi top-up / redeem unit simpanan / pelaburan ASB pada bila-bila masa tanpa khuatir akan harga tinggi atau harga rendah kerana ia adalah unit trust yang berharga tetap, iaitu RM1.00. 
  7. Harga unit ASB adalah tetap RM1.00 meskipun selepas Dividen (Agihan Pendapatan) diumumkan yang nyata berbeza sifatnya jika dibandingkan dengan unit trust harga berubah-ubah yang akan jatuh harganya selepas Agihan Pendapatan diumumkan.
  8. Anda tidak perlu monitor pergerakan harga NAV sebab Simpanan / Pelaburan ASB adalah unit trust berkadaran tetap.
  9. Anda juga tidak perlu membuat kajian / research secara terperinci terhadap prestasi-prestasi ASB yang terdahulu.
  10. TIPS: Sijil Simpanan / Pelaburan ASB boleh digunakan sebagai medium Overdraft dengan mencagarkannya di bank untuk mendapatkan pinjaman.
  11. Dividen ASB (Agihan pendapatan) adalah sangat kompetitif dan konsisten saban tahun. Ia tak pernah mencatatkan prestasi negatif.
  12. TIPS: Terdapat kemudahan ASB Financing (ASB Loan) yang membolehkan pelabur mengaplikasikan konsep OPM (Other People's Money) untuk melabur pada nilai yang lebih besar.
  13. Banyak bank yang menyediakan kemudahan online transaction menggunakan platform masing-masing untuk urusan pertambahan unit Simpanan / Pelaburan ASB.
  14. ASNB telah menyediakan portal myASNB bagi membolehkan pelabur mendapat direct access kepada Simpanan / Pelaburan ASB mereka.
  15. TIPS: Pencarum KWSP boleh memindahkan sebahagian daripada Simpanan Akaun 1 KWSP ke Akaun ASB 2 untuk menikmati pulangan yang lebih baik.
  16. TIPS: ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/ ASW 2020 atau apa sahaja amanah saham terbitan PNB.

==================
ASB Financing (ASB Loan) merupakan pembiayaan ASB bersama pihak bank yang mana pihak bank bantu anda untuk belikan sijil simpanan / pelaburan ASB anda seminimum RM10k sehingga semaksimum RM200k.
Jadi, dengan sijil simpanan / pelaburan ASB yang anda peroleh ni, anda akan terima dividen ASB (Agihan pendapatan) setiap tahun berdasarkan nilai sijil ASB yang anda ambil.
Cumanya ianya adalah simpanan paksaan setiap bulan yang wajib anda lakukan.
  1. ASB Financing (ASB Loan) dapat membiasakan diri dengan komitmen - displin.
  2. ASB Financing (ASB Loan) mampu membina simpanan yang besar dalam waktu yang singkat.
  3. Teknik bayaran bulanan yang kecil tapi mampu buat ASB Financing (ASB Loan) yang besar.
  4. Dividen ASB (Agihan Pendapatan) yang diperoleh adalah hak mutlak pelabur. Hanya pelabur sahaja yang boleh keluarkan dividen tersebut (jika pelabur meninggal, waris penama boleh tuntut).
  5. TIPS: Makin tinggi ASB Financing (ASB Loan), makin tinggi dividen ASB (Agihan Pendapatan) tahunan.
  6. TIPS: Makin lama simpanan / pelaburan ASB dibuat, makin berganda dividen (Agihan pendapatan) dari ASB Financing (ASB Loan).
  7. TIPS: ASB Financing (ASB Loan) dapat membantu anda memendekkan tempoh pembiayaan kereta daripada 9 tahun ke 5 tahun dengan bayaran bulanan yang sama.
  8. TIPS: ASB Financing (ASB Loan) dapat membantu anda mengumpul deposit rumah dengan lebih cepat.
  9. TIPS: ASB Financing (ASB Loan) juga dapat membantu anda membeli kereta secara cash dalam tempoh yang munasabah singkat.
  10. TIPS: Anda boleh gunakan teknik Rolling Dividen, yang memerlukan pelabur hanya membayar installment ASB Financing (ASB Loan) pada tahun pertama sahaja. Tahun seterusnya gunalah duit dividen (Agihan Pendapatan) itu untuk membayar balik installment pada tahun seterusnya.
***************************************

ASB Financing (ASB Loan) lebih merujuk kepada OPM (other people's money) iaitu guna duit bank untuk dapat hasil keuntungan jauh lebih tinggi berbanding simpanan cara biasa.

Pelabur bijak akan leverage duit simpanan atau modal yang terperap dalam akaun simpanan / pelaburan ASB untuk dijadikan modal melabur di ASB Financing (ASB Loan).

Ruginya jika bumiputra tak rebut peluang keemasan ni.
Hanya simpanan / pelaburan ASB sahaja yang dibenarkan utk guna konsep meminjam utk melabur.

TIPS: Pelaburan ni kena start dari awal. Jangan dah berusia baru nak start melabur. Akibatnya nanti bayaran bulanan semakin tinggi.


*******************************************

Beza ASB Simpanan Biasa dan ASB Financing (ASB Loan)
:moneyba
1. ASB Simpanan Biasa

Anda BEBAS memasukkan duit ke akaun simpanan / pelaburan ASB anda pada BILA-BILA MASA SAHAJA dengan jumlah yang anda ingini. DIVIDEN (Agihan Pendapatan) akan diperoleh berdasarkan JUMLAH SIMPANAN yang ada dalam akaun anda pada tahun tersebut.

  • Simpanan Sebulan : RM945
  • Jumlah Simpanan Setahun : RM945 x 12 bulan = RM11,340
  • Dividen ASB tahun pertama (anggarkan 7%) : RM11,3400 x 7% = RM793.80
  • Jumlah simpanan ASB + Dividen ASB (Sehingga tahun ke-5 -Compounded): RM69,778
  • ROI (Return of Investment): 23.07%
2. ASB Financing (ASB Loan)


Anda membuka akaun simpanan / pelaburan ASB, kemudian membuat ASB Financing (ASB Loan) bagi tempoh tertentu. DIVIDEN (Agihan Pendapatan) akan diperoleh berdasarkan Jumlah ASB Financing (ASB Loan) anda.
  • ASB Financing (ASB Loan) RM200,000 bagi tempoh 40 tahun
  • Bayaran Sebulan : RM945
  • Jumlah Bayaran Setahun : RM945 x 12 bulan = RM11,340
  • Dividen tahun pertama (anggarkan 7%) : RM200,000 x 7% = RM14,000
  • Anggaran jumlah dividen terkumpul selama 5 tahun : RM80,511
  • Surrender value (Principal) selepas 5 tahun : RM9,232
  • Jumlah keuntungan = Dividen ASB + Surrender Value (Principal) = RM80,511 + RM9,232 = RM89,743
  • ROI (Return of Investment): 58.28%
Modal sama = RM945 sebulan
Invest tempat yang sama = ASB
Tetapi hasil akhir adalah berbeza.

Untuk mendapat hasil yang lebih kurang sama (RM89,000) bagi kaedah simpanan biasa, seseorang itu perlu menyimpan sebanyak RM1,225 secara konsisten setiap bulan selama 5 tahun.
Ia adalah tambahan sebanyak RM280 (daripada nilai asal RM945 sebulan).

TIPS: Maknanya, bayaran ASB Financing (ASB Loan) RM945/bulan bersamaan dengan simpanan biasa sebanyak RM1,225/bulan.

ROI juga sangat berbeza.


So, alang2 menyimpan tu baik simpan dengan cara ASB Financing (ASB Loan).

*********************************
Artikel ini disediakan oleh :
 012-5588680 (Whatsapp)

REBATE!
 Special Untuk Anda Yang apply ASB Financing (ASB Loan) dengan saya.

1. Rebate RM200 bagi Loan ASB RM200k yang approved
2. Rebate RM150 bagi Loan ASB RM150k yang approved
3. Rebate RM100 bagi Loan ASB RM100k yang approved

Nak apply ASB Financing (ASB Loan) terbaik? ----> KLIK
Nak apply ASB Financing (ASB Loan) terbaik? ----> KLIK
Nak apply ASB Financing (ASB Loan) terbaik? ----> KLIK

REFER & EARN!
Just refer your friends / family members to me...

1. Rebate RM100 bagi Loan ASB RM200k mereka yang approved
2. Rebate RM75 bagi Loan ASB RM150k mereka yang approved
3. Rebate RM50 bagi Loan ASB RM100k mereka yang approved

Nak bagi referral? ----> KLIK
Nak bagi referral? ----> KLIK
Nak bagi referral? ----> KLIK

********************
DISCLAIMER :
Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau ASNB.
================================

No comments:

Post a Comment