Tuesday, December 10, 2019

TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN)

Artikel ini akan memperincikan keperluan langganan Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) dan impaknya.



1. Kenalpasti TUJUAN ASB Financing (ASB Loan)
  • Tujuan utama ASB Financing (ASB Loan) adalah PELABURAN untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan mengurangkan risiko kerugian.
  • TIPS: 2 komponen terpenting adalah MODAL (Capital) dan HASIL AKHIR (Capital Gain).
  • Melanggan takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) memberikan kesan terhadap kedua-dua perkara tersebut.
2. KESAN takaful kepada ASB Financing (ASB Loan)

a) Takaful akan meningkatkan modal
b) Pulangan hasil yang rendah
  • TIPS: Takaful tidak mempengaruhi pulangan Dividen ASB (Agihan Pendapatan).
  • Jika melanggan takaful, hutang bermula dengan RM207k sedangkan nilai sijil simpanan / pelaburan ASB hanyalah RM200k.
  • Untuk 2-3 tahun pertama, bayaran yang dijelaskan hanyalah untuk membayar principal hutang takaful sahaja. Belum termasuk nilai sijil simpanan / pelaburan ASB.
  • Jika ASB Financing (ASB Loan) dibatalkan dalam 2-3 tahun ini, pelabur terpaksa membayar baki (top up) nilai caruman takaful kepada bank (shortfall).
  • Anda akan rasa sangat rugi sebab tak dapat apa-apa nilai principal malah dikenakan top-up pula untuk terminate ASB Financing (ASB Loan).
3. REBATE Takaful
  • Bagi pelabur yang menamatkan ASB Financing (ASB Loan) lebih awal, syarikat takaful akan berikan pulangan rebate takaful.
  • Tapi jumlahnya adalah KECIL berbanding caruman asal.
4. Takaful SHORT-TERM
  • Tempoh perlindungan takaful sebenarnya boleh dipilih.
  • TIPS: Semakin pendek tempoh, semakin murah bayaran takaful.
  • TIPS: Tetapi, jika tempoh perlindungan takaful dipendekkan, jumlah perlindungan juga adalah kecil, bukannya 100% ikut jumlah pembiayaan.
  • Contoh: Jika ambil ASB Financing (ASB Loan) RM200k selama 30 tahun, tapi anda ambil takaful cuma untuk cover selama 5 tahun sahaja. Maka selepas 4 tahun, nilai yang dilindungi hanyalah lebih kurang RM40k sahaja. Sedangkan baki hutang ketika itu sekitar RM187k.
5. Apa FUNGSI takaful dalam ASB Financing (ASB Loan)?
  • Fungsi takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) adalah untuk melindungi baki pembiayaan.
  • TIPS: Takaful hanya akan melindungi baki pembiayaan secara penuh jika tempoh perlindungan takaful dilanggan sama seperti tempoh ASB Financing (ASB Loan).
  • Jika berlaku kematian atau cacat kekal, syarikat takaful akan membuat bayaran penuh baki ASB Financing (ASB Loan).
  • Maka, hutang dengan bank dilangsaikan dan waris akan mendapat nilai sijil simpanan / pelaburan ASB secara penuh.
  • TIPS: Jika tiada takaful, waris bukan perlu sambung bayar pun.
  • Waris boleh pergi ke bank dengan tunjuk sijil mati. Sijil simpanan / pelaburan ASB (melalui ASB Financing (ASB Loan)) akan dikembalikan kepada bank untuk langsaikan baki hutang. 
  • Waris akan dapat pulangan Dividen ASB dan principal (Surrender Value). Sama macam situasi pelabur menamatkan pembiayaan.
6. Takaful Berasingan
  • TIPS: Saya sarankan kepada pelabur ASB untuk ambil takaful secara berasingan yang menawarkan tawaran yang lebih kompetitif dan MURAH dengan sum covered yang TINGGI. Malah lebih senang dalam proses pengagihan melalui HIBAH.
  • Jika ambil takaful bersama ASB Financing (ASB Loan), bila terminate ASB Financing, tiada lagi perlindungan takaful.
  • Andai ketika terminate ASB Financing (ASB Loan), umur dah meningkat, bayaran jika mahu melanggan takaful berasingan juga semakin mahal.
  • Lebih baik ambil takaful berasingan ketika masih muda.
  • TIPS: Takaful berasingan adalah lebih berbaloi berbanding takaful dengan ASB Financing (ASB Loan) kerana Takaful berasingan ni:
    • Bayaran bulanan Takaful berasingan lebih murah 
    • Dengan bayaran yang sama (antara takaful berasingan dan takaful dalam ASB Financing), anda akan mendapat sum covered yang lebih tinggi jika mengambil Takaful berasingan.
    • Sum covered Takaful berasingan ni tidak menurun (Takaful ASB berkurangan mengikut baki pembiayaan).
    • Boleh dihibahkan
    • Boleh Terminate, Apply, Terminate Tanpa Risau Tentang Baki ASB Financing (ASB Loan) (takut shortfall)
*********************************
Artikel ini disediakan oleh :
 012-5588680 (Whatsapp)

REBATE!
 Special Untuk Anda Yang apply ASB Financing (ASB Loan) dengan saya.

1. Rebate RM200 bagi Loan ASB RM200k yang approved
2. Rebate RM150 bagi Loan ASB RM150k yang approved
3. Rebate RM100 bagi Loan ASB RM100k yang approved

Nak apply ASB Financing (ASB Loan) terbaik? ----> KLIK
Nak apply ASB Financing (ASB Loan) terbaik? ----> KLIK
Nak apply ASB Financing (ASB Loan) terbaik? ----> KLIK

REFER & EARN!
Just refer your friends / family members to me...

1. Rebate RM100 bagi Loan ASB RM200k mereka yang approved
2. Rebate RM75 bagi Loan ASB RM150k mereka yang approved
3. Rebate RM50 bagi Loan ASB RM100k mereka yang approved

Nak bagi referral? ----> KLIK
Nak bagi referral? ----> KLIK
Nak bagi referral? ----> KLIK

********************
DISCLAIMER :
Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau ASNB.
================================

No comments:

Post a Comment